Monday 22 August 2011

~~SaLaM 10 terAkhir Ramadhan~~

sALam RamadHan dr Cik Wa buat semua viewer Cik Wa's ChOice..

pertamAnya, Cik Wa mohon maaf sebab lama rasenya tak update blOg..sempenA RamadhAn yg mulia ini, keje2 menjahit Cik Wa agak lembap sikit kerana agak bz menjalankan tanggung jawab sebagai mu'alimah dan juga sbg hamba ALLAH SWT.. rugi rasenya kalau terlepas melakukan ibadah yg ganjarannya beramaL 1 malam menyamai 1000 bulan beribadah.. InsyaALLAH, Cik Wa akan cuba menyiapkan secepat yg boleh order2 yg ada after RamadhAn ni ok.. =)

Sukanye Cik Wa nak share sedikit ilmu tentang keindahan 10 terakhir Ramadhan ini :

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut,

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya:
"Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."



Tanda malam Lailatul qadar


Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.


Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Moralnya : Kita lakukan lah ibadah kepada Allah pada setiap masa tidak kira malam apa pun. Jika takdirnya kita menemui, itu rahmat Allah kepada kita.

Petikan dari >> http://halaqah.net/

0 comments: